HADIS : MISKIN YANG SEBENAR, 15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI
SUDUT KESIHATAN
Tazkirah Jumaat
5 April 2013 (24 Jamadil Awal 1434H)
MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG,
PAHANG DARUL MAKMUR)
MISKIN YANG SEBENAR
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Yang dikatakan orang miskin itu bukanlah orang yang pergi
dari rumah ke rumah, lalu diusir apabila dia meminta sebiji dua kurma, atau
satu dua suap makanan. Orang yang sebenarnya miskin adalah orang yang tidak
berasa cukup dengan apa yang dia ada. Dia tidak mampu bersabar lalu
menceritakan halnya kepada orang lain. Kemudian ada orang memberikan sedekah
kepadanya, tetapi dia masih belum berasa cukup, dan terus meminta-minta dari
sesama manusia.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pengajaran
• Sentiasalah
bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.
• Harta itu ujian
dari Allah, maka bersabarlah sama ada kita mempunyai banyak atau sedikit harta.
• Bersedekahlah
dengan harta yang kita ada. Sedikit atau banyak itu tidak penting. Contohnya,
janganlah jika kita ada wang seringgit mahu tunggu wang jadi dua ringgit baru
mahu bersedekah. Wang ada seratus mahu tunggu jadi seribu baru mahu bersedekah.
Kononnya mahu jadi kaya baru mahu bersedekah. Salah konsep tersebut, kekayaan
itu bukan semestinya diukur dengan harta.
• Yang miskin
jangan terus mengeluh dan suka meminta-minta atau asyik meminta-minta, tetapi
teruslah berusaha disamping bantuan yang ada.
(Hadis diambil dari majalah Iman bil. No: 14)
15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN
1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu
meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah
yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman
yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan
memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat
dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu,
malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal
dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam
tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10
minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar
degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih
rendah daripada paras sebelum ketawa.
6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat
Tirmidzi.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari
Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’
iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai
stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem
ketahanan badan.
8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus
semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan
Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem
pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan
penyakit).
9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah
kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan.
10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan
kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung,
tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia
membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang
badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot
abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar.
Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih
peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus,
sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang
kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah
ukhuwwah.
14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang
setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya
adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk
saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang
tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Sumber asal: http://tazkirahjumaat.blogspot.com/
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
2.
Motivasi pagi: Jadilah orang yang kaya kasih sayang
“Jadilah
orang yang kaya kasih sayang”
“Kasih sayang itu suatu tenaga”
“Kasih sayang itu bagaikan akaun bank yang penuh dengan wang ringgit”
“Kasih sayang itu suatu tenaga”
“Kasih sayang itu bagaikan akaun bank yang penuh dengan wang ringgit”
Hakikatnya
begitulah. Dalam ruangan motivasi pagi radio ikim.fm yang saya dengar pagi ini
mengandungi falsafah tentang kasih sayang yang sangat tinggi nilai. Terus
dikongsi kepada rakan taulan supaya memberikan aura positif kepada mereka.
Hakikat
kasih sayang ini suatu tenaga dan aura positif. Datangnya dari dalam hati
diterjemahkan melalui senyuman dan tindakan. Akhirnya akan menghasilkan tenaga
kerja yang sangat mengujakan. Bekerja dari dalam hati hasil dari aura tenaga
kasih dan sayang.
Di
pejabat, kita bagaikan terbiasa dengan budaya menyalahkan orang. Fikiran
sentiasa negatif hanya disebabkan salah tanggapan.
Ada
suatu cerita:
Pada
suatu hari, masuklah seorang bapa dan 2 orang anak ke dalam sebuah tren
komuter. Ayah duduk dalam keadaan sugul membiarkan anaknya berlari ke
sana-sini. Karenah anaknya itu sangat menimbulkan rasa kurang puas hati
pengguna yang lain. Sudahlah berlari, malah diganggu pula orang yang lain.
Habis tumpah air kopi yang sedang diminum seorang penumpang.
Akhirnya,
seorang lelaki sudah tidak dapat menahan sabar. Lalu, lelaki itu menghampiri
bapa kepada anak-anak itu.
“Saudara,
anak saudara sangat mengganggu kami. Mengapa dibiarkan sahaja”" katanya.
“Oh..maafkan
saya. Saya sebenarnya baru pulang dari kampung” katanya.
Dalam
nada sebak lelaki itu terus cuba bersuara ” Saya baru pulang dari kampung
menguruskan kematian isteri tercinta. Anak saya yang dua orang itu sebenarnya
baru sahaja kematian ibunya yang tercinta. Maafkan saya”.
Lelaki
tersebut terkedu. Tidak terkata. Sedih dan rasa bersalah kerana membuat
anggapan buruk terhadap bapa tersebut.
“Maafkan
saya. Saya minta maaf” hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan.
Saudara,
adakalanya kita terlalu mudah untuk membuat andaian, tanpa mengetahui keadaan
sebenarnya. Mudah sangat kita membuat kesimpulan tanpa bertanya dan menyelidiki
sebab musababnya. Jadi, tiada kasih sayang dihambur malah, kritikan pedas
menjadi peluru yang tidak bermata.
Jadi,
mari kita betulkan sikap kita. Mari tanam benih kasih dan sayang. Kita bajai
dengan senyuman dan pertolongan selayaknya.
oleh: Ruzain
Syukur Mansor
Sumber asal:http://akademipenulisbebas.wordpress.com
No comments:
Post a Comment