Tuesday 30 April 2013

Pada Gambar Ada Ceritanya







PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013- 2025


Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima dekad yang lalu. Hasil daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan.
Enrolmen murid pada peringkat pendidikan rendah, termasuk di sekolah swasta, telah mencapai tahap hampir sejagat, iaitu 96 peratus (%) berbanding hanya 40% pada tahun 1950. Kadar enrolmen pada peringkat menengah rendah pula telah mencapai 91%, dan menengah atas 82%. Peningkatan yang signifikan dalam enrolmen disusuli oleh peningkatan dalam pencapaian murid. Kadar literasi remaja telah meningkat daripada 88% pada tahun 1990 kepada kadar hampir sejagat sebanyak 99% masa kini. Kadar literasi dewasa juga telah meningkat secara mendadak, iaitu daripada 52% semasa negara mencapai kemerdekaan kepada 93% pada tahun 2010. Kesemua pencapaian ini amat membanggakan kita.
Kerajaan juga telah memperuntukkan secara tekal sebanyak 16% daripada bajet negara setiap tahun untuk Kementerian Pelajaran. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam latihan guru, emolumen dan pembinaan infrastruktur serta kemudahan asas pendidikan yang telah berhasil meningkatkan penyertaan murid pada peringkat pendidikan rendah dan menengah, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman. Hasilnya, jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar telah berkurangan. Dalam peperiksaan UPSR, jurang pencapaian murid bandar dan luar bandar telah berkurangan daripada 8% pada tahun 2005 kepada 4% pada tahun 2011.
Mutakhir ini, berkat usaha gigih warga pendidik dan kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi sektor pendidikan, enrolmen murid prasekolah juga telah berjaya ditingkatkan daripada 67% pada tahun 2009 kepada 77% pada tahun 2011. Penguasaan Literasi dan Numerasi murid juga telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Berdasarkan keputusan ujian LINUS 2011, kadar literasi murid kohort Tahun1 telah meningkat daripada 87% pada tahun 2010, kepada 95% apabila mereka berada di Tahun 2 pada tahun 2011. Begitu juga dengan kadar numerasi murid kohort yang sama telah 
meningkat daripada 87% pada tahun 2010 kepada 97% pada tahun 2011.
Semua kejayaan ini adalah hasil komitmen dan usaha gigih para guru, ibu bapa, anggota masyarakat dan kerajaan untuk meningkatkan pencapaian murid di negara kita. Namun, di sebalik lakaran kejayaan ini, masih banyak lagi yang perlu kita capai. Ketika sistem pendidikan kita menempa beberapa kemajuan penting sepanjang lebih lima dekad yang lalu, sistem pendidikan di negara-negara lain juga telah bergerak pantas dalam perlumbaan untuk menjadi sistem yang terbaik di dunia.
Dalam persaingan global yang semakin sengit ini, negara kita perlu bergerak lebih pantas ke hadapan. Walau bagaimanapun, pentaksiran pada peringkat antarabangsa menunjukkan pencapaian murid kita dalam beberapa bidang penting seperti Bacaan, Matematik dan Sains masih rendah berbanding murid di negara-negara maju. Misalnya, daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian dalam ujian Programme for International Student Assessment atau PISA 2009, murid Malaysia berada di tempat sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains.
Hal ini perlu diatasi segera sekiranya negara kita ingin mengorak langkah lebih pantas dalam perlumbaan menuju negara maju. Tidak ada jalan pintas untuk kita melakukannya. Tidak ada tongkat ajaib yang boleh menjelmakan hasil yang terbaik dalam sekelip mata. Sebaliknya, kita perlu akur dengan realiti semasa, jujur melakukan pembetulan dan mengambil langkah berani untuk melonjakkan prestasi pendidikan negara.
PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, 2013-2025
BERTITIK tolak daripada kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah memulakan usaha mengkaji semula sistem pendidikan negara pada bulan Oktober 2011. Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Menerusi satu siri jelajah dialog pendidikan yang diadakan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor telah diterima daripada hampir 12,000 orang peserta yang mengambil bahagian. Kementerian juga telah menerima 156 memorandum daripada pelbagai pertubuhan dan individu. Selain itu, pandangan daripada Panel Penilai Bebas Malaysia dan Antarabangsa telah diperolehi dalam menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Kementerian juga telah mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh UNESCO, OECD, Bank Dunia dan Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi Awam tempatan.
Hari ini, ketika kita masih lagi dalam semangat sambutan ulang tahun kemerderkaan negara yang ke-55, tercatat satu lagi peristiwa penting dalam lembaran sejarah negara kita. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan yang akan memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Pelan ini tidak ubah seperti satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan pengharapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
MATLAMAT DAN PENDEKATAN
KEMENTERIAN Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Di samping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional.
Dalam merangka Pelan ini, 9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah:
* Pertama, memartabatkan profesion keguruan;
* Kedua, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;
* Ketiga, meningkatkan kualiti sekolah;
* Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;
* Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;
* Keenam, mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan;
* Ketujuh, meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja;
* Kelapan, memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan
* Kesembilan, membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.
Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan, manakala anjakan yang lain merupakan perubahan operasi yang telah dan sedang dilaksanakan. Sama ada perubahan bersifat strategi atau operasi, semuanya menggambarkan perubahan amalan semasa.
11 ANJAKAN
ANJAKAN PERTAMA (1) ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Hakikatnya, hari ini, murid dikatakan telah berjaya menguasai ilmu apabila mereka berupaya menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah pun dimiliki oleh murid di negara-negara maju.
Sehubungan dengan itu, Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian juga akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum.
Seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu ini, kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana. Ini termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang, dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun berbanding enam tahun.
Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai contoh menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.
Selain itu, tempoh pendidikan wajib juga akan dilanjutkan daripada 6 tahun sekarang kepada 11 tahun, dengan disokong oleh pelbagai inisiatif untuk mengekalkan murid dalam sistem pendidikan, termasuk memperluaskan laluan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional.
Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada semua murid, kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus. Murid Orang Asli dan kumpulan minoriti, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran, akan menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama seperti murid lain.
Dari segi penguasaan bahasa, Kementerian akan melaksanakan AJAKAN YANG KEDUA (2), iaitu memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, Kementerian akan memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris. Kementerian juga akan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 orang guru bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun.
Guru yang tidak mencapai standard yang ditetapkan akan mengikuti latihan intensif untuk meningkatkan kemahiran. Di samping itu, murid akan diberi pendedahan yang lebih meluas terhadap bahasa Inggeris dengan memperkenalkan modul Sastera Inggeris yang akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah.
Bagi memantapkan penguasaan bahasa Malaysia di semua jenis sekolah, kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi sekolah jenis kebangsaan. Dengan pelaksanaan kurikulum standard ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsan akan dimansuhkan mulai tahun 2017. Selain itu, Kementerian juga akan menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, bahasa Tamil atau bahasa Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.
Seterusnya, Kementerian akan melaksanakan ANJAKAN yang ketiga (3), iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini, anak-anak kita perlu memiliki nilai-nilai murni sejagat yang selaras dengan tuntutan moral, etika dan agama. Pada masa yang sama, sebagai warganegara, anak-anak kita juga perlu sentiasa dipupuk dengan semangat patriotisme untuk membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu.
Untuk itu, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang tahun 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role play), simulasi, perbincangan, dan tugasan dalam kumpulan kecil. Selanjutnya, Kurikulum Pendidikan Islam akan melibatkan tumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam serta agama-agama yang lain.
Bagi murid bukan Islam pula, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan murid Islam dan bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar. Program-program yang sedia ada seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan program 1Murid 1Sukan 1Kelab dan 1Badan Berunifom juga akan diteruskan.
Segala langkah yang akan diambil ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dokongan guru-guru yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEEMPAT (4), iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Anjakan ini adalah selari dengan pandangan sebahagian besar peserta Dialog Nasional Pendidikan Negara yang mahukan kualiti guru diberikan keutamaan.
Untuk itu, kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan menyasarkan hanya 30% teratas daripada kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan. Selain itu, bagi guru-guru yang sudah berada dalam sistem, kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya berterusan guru-guru dengan melaksanakan program pembangunan kerjaya secara in-situ di sekolah.
Untuk menyokong peningkatan prestasi guru, kementerian akan menyediakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi. Dalam hal ini, guru berprestasi tinggi akan berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada gred DG41 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun yang merupakan purata tempoh kenaikan pangkat secara time-based yang baru.
Selain itu, kementerian akan memastikan guru memberikan tumpuan kepada fungsi teras pengajaran dengan mengurangkan beban pentadbiran; memperluaskan laluan kerjaya guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus; dan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru.
eterusnya, ANJAKAN YANG KELIMA (5) ialah memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah. Untuk itu, kKementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi, serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai tahun 2013. Selain itu, kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah.
Kementerian juga akan menyediakan sokongan yang secukupnya kepada pengetua dan guru besar untuk membantu mereka meningkatkan prestasi sekolah. Untuk itu, Kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEENAM (6), iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches atau SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Partners atau SiPartners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Para jurulatih ini bertanggungjawab memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah, iaitu sekolah yang berada dalam band 5, 6 dan 7. Satu projek rintis akan dilaksanakan di negeri Sabah dan Kedah mulai Januari 2013, manakala pelaksanaan seluruh negara akan bermula Januari 2014.
Selain itu, untuk meningkatkan autonomi sekolah, kementerian akan membenarkan fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster, Sekolah Amanah dan sekolah-sekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara. Dari semasa ke semasa, lebih banyak sekolah akan diberikan hak membuat keputusan dan akauntabiliti berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.
Dalam dunia yang pantas berkembang hari ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran. Untuk itu, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KETUJUH (7), iaitu memanfaatkan (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi kesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun 2013. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif.
Seterusnya, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KELAPAN (8), iaitu mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran. Struktur organisasi kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih. Lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD, iaitu agensi utama dalam rantaian penyampaian pendidikan. Dalam konteks ini, PPD bukan lagi semata-mata berperanan sebagai saluran penghubung antara kementerian dan sekolah, tetapi sebagai agensi penting yang terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah. Kementerian akan mengekalkan fungsinya dalam perancangan makro dan penggubalan dasar, manakala JPN akan memberikan tumpuan kepada penyelarasan dan penyampaian segala perancangan, serta menjadi penghubung yang penting antara penggubal dasar dan pelaksana di peringkat bawah.
Menyedari hakikat bahawa proses pembelajaran tidak hanya berlaku di sekolah, tetapi turut merangkumi aktiviti-aktiviti di luar sekolah yang melibatkan penyertaan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KESEMBILAN (9), iaitu memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta. Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), untuk membolehkan ibu bapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Perhatian khusus akan diberikan kepada usaha membantu ibu bapa luar bandar dan miskin bandar meningkatkan prestasi anak masing-masing.
Selain itu, pihak kementerian akan mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai tahun 2016. Untuk menggalakkan pelibatan sektor swasta dan komuniti, kementerian akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang tahun 2025 dengan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan yang berpotensi sebagai penganjur.
Saban tahun, sekitar 16% daripada bajet negara diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran, dan jumlah ini merupakan yang terbesar antara semua kementerian. Bajet pendidikan di Malaysia, sebagai sebahagian daripada KDNK juga merupakan satu daripada yang tertinggi di dunia.
Untuk itu, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KESEPULUH (10), iaitu memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, seiring dengan anjakan pengurusan kewangan negara ke arah Bajet Berasaskan Keberhasilan (Outcome-Based Budgeting). Kementerian juga akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberikan keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.
ANJAKAN YANG KESEBELAS (11), iaitu yang terakhir, ialah meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Sepanjang pelaksanaan Pelan ini, semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian. Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan ini akan diterbitkan untuk tatapan umum mulai tahun 2013. Kementerian juga akan melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan pelan ini sesuai dengan sifat dinamis dan perkembangan semasa sektor pendidikan.
Pelan Pembangunan Pendidikan ini adalah satu dokumen komprehensif yang bukan sahaja mengenal pasti bidang-bidang keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai, malah turut menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas, dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.
Misalnya, rakyat boleh menjangkakan dalam Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari tahun 2013 hingga 2015, akan berlaku peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah, dan mutu kepimpinan sekolah.
Dalam Gelombang Kedua pula, iaitu dari tahun 2016 hingga 2020, akan berlaku perubahan
struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baharu; bahagian-bahagian di Kementerian distruktur semula untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang Pertama; dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula untuk memastikan ia sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia hari ini.
Manakala dalam Gelombang Ketiga, iaitu dari tahun 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Kementerian akan memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan keluwesan operasi dan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah, serta membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran.
Keseluruhan anjakan ini akan memberikan impak yang besar kepada peningkatan kualiti pendidikan negara. Sekiranya kesemua 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang kita akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada pendidikan yang berfokuskan akses kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti.
Untuk itu, sepanjang tempoh pelaksanaan, pegawai-pegawai di Kementerian, khususnya kumpulan pengurusan tertinggi, mempunyai KPI masing-masing yang dikaitkan dengan pencapaian setiap sasaran yang ditetapkan. KPI ini akan disebarkan ke peringkat bawah, dari Kementerian hingga ke sekolah, untuk memastikan matlamat yang hendak dicapai adalah tekal dan selari.
Selain itu, Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampkian Pendidikan (Education Delivery Unit) untuk memacu pelaksanaan Pelan ini. Unit ini akan bertanggungjawab memantau kemajuan, menyelesaikan isu pelaksanaan, menguruskan komunikasi dengan pihak berkepentingan dan mengumpul maklumbalas secara berterusan. Pegawai yang ditempatkan di unit ini akan terdiri daripada mereka yang berbakat besar dan berpengalaman luas dalam mengurus transformasi, baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta.
Dalam konteks ini, Pelan ini agak berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Di samping menghuraikan hasrat dan sasaran yang hendak dicapai, Pelan ini lengkap dengan kaedah pelaksanaan, dan strategi penyampaian yang jelas.Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan kita telah dilakukan dengan amat teliti, dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.
Inilah julung-julung kali dalam sejarah negara kita, satu pelan pembangunan pendidikan untuk rakyat disediakan hasil rundingan awam secara telus dan terbuka. Sukacita saya maklumkan di sini bahawa sehingga kini, lebih 90 peratus pandangan yang dikemukakan oleh orang ramai menerusi siri jelajah Dialog Nasional Pendidikan Negara telah diambilkira dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan yang saya bentangkan pada hari ini.
Selepas ini, kementerian akan mengadakan Hari Terbuka untuk membolehkan masyarakat umum meneliti kandungan Pelan ini, mendapatkan penjelasan dan mengemukakan maklum balas lanjut kepada kerajaan. Saya percaya, apabila pelan ini dibentangkan kepada Kabinet kelak dan dimuktamadkan pada bulan Disember nanti, apa yang terhasil adalah satu pelan pendidikan yang sarat dengan cita-cita dan harapan rakyat. Inilah tanda kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional 
bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menzahirkan matlamat Dasar Transformasi Nasional yang berasaskan jangkaan dan pengharapan rakyat.-13/9/2012
*Petikan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 baru-baru ini.
http://agendadaily.com/Analisa/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025.html

Thursday 4 April 2013

Motivasi / Tazkirah

Aktiviti 6


HADIS : MISKIN YANG SEBENAR, 15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN
Tazkirah Jumaat
5 April 2013 (24 Jamadil Awal 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
MISKIN YANG SEBENAR

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Yang dikatakan orang miskin itu bukanlah orang yang pergi dari rumah ke rumah, lalu diusir apabila dia meminta sebiji dua kurma, atau satu dua suap makanan. Orang yang sebenarnya miskin adalah orang yang tidak berasa cukup dengan apa yang dia ada. Dia tidak mampu bersabar lalu menceritakan halnya kepada orang lain. Kemudian ada orang memberikan sedekah kepadanya, tetapi dia masih belum berasa cukup, dan terus meminta-minta dari sesama manusia.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran

•    Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

•    Harta itu ujian dari Allah, maka bersabarlah sama ada kita mempunyai banyak atau sedikit harta.

•    Bersedekahlah dengan harta yang kita ada. Sedikit atau banyak itu tidak penting. Contohnya, janganlah jika kita ada wang seringgit mahu tunggu wang jadi dua ringgit baru mahu bersedekah. Wang ada seratus mahu tunggu jadi seribu baru mahu bersedekah. Kononnya mahu jadi kaya baru mahu bersedekah. Salah konsep tersebut, kekayaan itu bukan semestinya diukur dengan harta.

•    Yang miskin jangan terus mengeluh dan suka meminta-minta atau asyik meminta-minta, tetapi teruslah berusaha disamping bantuan yang ada.

(Hadis diambil dari majalah Iman bil. No: 14)


15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

2. 

Motivasi pagi: Jadilah orang yang kaya kasih sayang

“Jadilah orang yang kaya kasih sayang”
“Kasih sayang itu suatu tenaga”
“Kasih sayang itu bagaikan akaun bank yang penuh dengan wang ringgit”

Hakikatnya begitulah. Dalam ruangan motivasi pagi radio ikim.fm yang saya dengar pagi ini mengandungi falsafah tentang kasih sayang yang sangat tinggi nilai. Terus dikongsi kepada rakan taulan supaya memberikan aura positif kepada mereka.

Hakikat kasih sayang ini suatu tenaga dan aura positif. Datangnya dari dalam hati diterjemahkan melalui senyuman dan tindakan. Akhirnya akan menghasilkan tenaga kerja yang sangat mengujakan. Bekerja dari dalam hati hasil dari aura tenaga kasih dan sayang.

Di pejabat, kita bagaikan terbiasa dengan budaya menyalahkan orang. Fikiran sentiasa negatif hanya disebabkan salah tanggapan.

Ada suatu cerita:

Pada suatu hari, masuklah seorang bapa dan 2 orang anak ke dalam sebuah tren komuter. Ayah duduk dalam keadaan sugul membiarkan anaknya berlari ke sana-sini. Karenah anaknya itu sangat menimbulkan rasa kurang puas hati pengguna yang lain. Sudahlah berlari, malah diganggu pula orang yang lain. Habis tumpah air kopi yang sedang diminum seorang penumpang.

Akhirnya, seorang lelaki sudah tidak dapat menahan sabar. Lalu, lelaki itu menghampiri bapa kepada anak-anak itu.
“Saudara, anak saudara sangat mengganggu kami. Mengapa dibiarkan sahaja”" katanya.
“Oh..maafkan saya. Saya sebenarnya baru pulang dari kampung” katanya.

Dalam nada sebak lelaki itu terus cuba bersuara ” Saya baru pulang dari kampung menguruskan kematian isteri tercinta. Anak saya yang dua orang itu sebenarnya baru sahaja kematian ibunya yang tercinta. Maafkan saya”.

Lelaki tersebut terkedu. Tidak terkata. Sedih dan rasa bersalah kerana membuat anggapan buruk terhadap bapa tersebut.
“Maafkan saya. Saya minta maaf” hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan.

Saudara, adakalanya kita terlalu mudah untuk membuat andaian, tanpa mengetahui keadaan sebenarnya. Mudah sangat kita membuat kesimpulan tanpa bertanya dan menyelidiki sebab musababnya. Jadi, tiada kasih sayang dihambur malah, kritikan pedas menjadi peluru yang tidak bermata.
Jadi, mari kita betulkan sikap kita. Mari tanam benih kasih dan sayang. Kita bajai dengan senyuman dan pertolongan selayaknya.

oleh: Ruzain Syukur Mansor




Refleksi Membina Blog



Pembelajaran Berbantukan Komputer Bahasa Melayu Sekolah Rendah ( BMM3105 ) Sesi pengajian semester 3  yang  dikendalikan ole En.Bukhari b. Shafie agak mencabar kerana banyak merangkumi pengetahuan berkaitan ICT, sedang ilmu berkaitan dengannya amat terbatas. Walau bagaimanapun penumpuan ketika kuliah serta bantuan dan tunjuk ajar dari pensyarah  telah membantu saya memahami  isi kandungan kertas ini.

Walaupun di peringkat awal , agak sukar untuk  saya menguasai subjek ini, kerana saya bukanlah begitu mahir  berkaitan teknologi ICT. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu baharu yang telah saya perolehI. Kini, saya telah berjaya menguasai serba sedikit kemahiran dan pengetahuan  terutama sekali tentang kepentingan penggunaan ICT  di sekolah untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan walaupun tidak begitu mantap. Oleh itu, saya dengan ini ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Bukhari yang telah banyak membantu saya sepanjang kursus untuk subjek ini. Semoga ilmu yang bermanfaat ini akan memberi satu lembaran baru kepada saya untuk memangkin lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan lebih efisyen.



Sunday 10 March 2013

Katalog Alamat Internet (URL)


KATALOG ALAMAT  INTERNET (URL)  BLOG PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
      
       
   1. TAJUK      : Mari Belajar: Tunas Bahasa Melayu Tahun 6, SR Katok 'A'
        URL          : http://tunasbahasamelayu.blogspot.com/
        SINOPSIS : Blog ini saya sajikan untuk murid-murid Tahun 6 yang saya sayangi.              
                           Semoga dengan wujudnya blog ini dapat menambah lagi ilmu mereka          
                           dalam mempelajari pelajaran Bahasa Melayu

    
  2.   TAJUK      :  John Tuition
        URL          : http://johntuition.blogspot.com
                           bilangan_08.html
        SINOPSIS : Membantu sesiapa yang berminat mengikuti pelajaran


 3.    TAJUK      : Mari Belajar BM Senang
        URL          : http://azlinloh.blogspot.com 
        SINOPSIS : Apa yang susah? Jika anda mempunyai hati yang tabah, kita pun dapat  
                          mempelajari Bahasa Melayu walaupun sukar. Marilah kita menghadapi masalah 
                          ini bersama-sama. Kita boleh..


  4. TAJUK      : Kata Ganti Nama Diri
        URL          : http://tansuweid20102044370.blogspot.com/
        SINOPSIS : Dalam Pengajaran Bahasa

Wednesday 6 March 2013

Kemahiran Bernilai Tambah


Kemahiran Bernilai Tambah
KONSEP KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DAN PENGINTEGRASIANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


1.1 Kurikulum Semakan dan Kemahiran Bernilai Tambah

Kurikulum semakan tahun 2000 merupakan usaha berterusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewujudkan kurikulum yang mampu memenuhi aspirasi negara. Perubahan ini dilakukan berasaskan pandangan umum bahawa struktur dan kandungan kurikulum yang sedia ada harus memenuhi tuntutan baru. Dalam kurikulum semakan ini, kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian kurikulum tersebut. Elemen pengisian kurikulum sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotisme dan peraturan sosiobudaya dikekalkan. Kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti


1.2 Rasional Pengintegrasian Kemahiran bernilai tambah dalam kurikulum Semakan

Kementerian Pelajaran mengambil kira saranan UNESCO dalam “The Treasure Within” Report to UNESCO of the International Commision on Education for the Twenty-first Century Learning” (1995).Laporan ini mengemukakan konsep pembelajaran seumur hidup sebagai syarat menempuh cabaran abad ke-21 dan empat asas utama pendidikan yang berikut:

i. Belajar untuk mengetahui (learning to know).

Penggabungan pendidikan umum dengan beberapa mata pelajaran terpilih yang dapat memberikan ruang untuk pendidikan seumur hidup.

ii. Belajar untuk membuat (learning to do)

Kebolehan untuk menghadapi pelbagai situasi alam pekarjaan serta mampu bekerja dalam satu pasukan.

iii. Belajar untuk hidup bersama (learning to live together)

Rasa persefahaman terhadap orang lain melalui sejarah, tradisi dan nilai kerohanian mereka dan semangat saling bergantung untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama.

iv. Belajar menjadi insan sempurna (learning to be)

Keupayaan berdikari dan mengamalkan pertimbangan dengan rasa tanggungjawab dalam usaha mencapai matlamat bersama.


Empat tungguk utama pendidikan ini menggariskan pendekatan untuk membangunkan dan mempertingkatkan potensi individu seoptimum mungkin. Tungguk pertama dan kedua, ‘belajar untuk mengetahui” dan “belajar untuk membuat” menjelaskan keperluan mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah yang releven dengan kehidupan semasa dan akan datang dengan kandungan kurikulum teras merentas mata pelajaran dan disiplin ilmu. Gabungan kecekapan dan pengetahuan yang diperolehi daripada sesuatu bidang ilmu atau mata pelajaran , serta kemahiran generik yang dikuasai oleh individu pelajar membolehkannya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara secara efisien dalam situasi perubahan teknologi yang berterusan.


Prasyarat untuk guru (untuk kejayaan)

1. Guru perlu tahu tentang kandungan (apa yang hendak disampaikan) (what to be given/ delivered/ transferred)
2. Kaedah menyampaikan (the arrival of meaning)
3. Adakah keinginan untuk melakukan.
4. Pembinaan sikap-sikap positif.


KONSEP KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH


Dalam literatur pendidikan, istilah ‘kemahiran generik’ sering diutarakan dengan pengertian yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai ‘strategi kognitif ‘. Sarjana kognitif pula merujukkannya sebagai ‘ilmu bebas domain’ (domain-independent knowledge) Stasz et.al, 1990: Bikson dan Law, 1995; Bikson, 1994 mentakrifkan kemahiran generik sebagai ‘ Suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi.”


Attewell (1994) : pengguna / pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat mempelajari aplikasi baru yang disampaikan kepadanya dengan mudah. Dalam hal ini kemahiran generik dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang diberkan penekanan.

Institusi pengajian tinggi dan maktab-maktab perguruan menjadikan kemahiran generik sebahagian daripada kurikulum pengajian. Latihan Guru Sekolah Bestari yang ditawarkan di beberapa maktab perguruan di Malaysia memberikan penekanan terhadap peningkatan kemahiran generik yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai , dan kemahiran fasilitator.Meskipun aplikasi kemahiran generik semakin diberikan penekanan, namun terdapat variasi tentang subkemahiran yang terangkum dalam kemahiran generik.


Bahagian Pendidikan Tinggi (Higher Education Council 1992): Higher Education: Achieving quality AGPS, Canberra, Australia ) menyenaraikan kemahiran generik yang berikut:

§ Pemikiran kritis

§ Penyelesaian masalah

§ Komunikasi berkesan

§ Keupayaan bekerja dalam pasukan

§ Kepemimpinan

§ Keupayaan bekerja mandiri

§ Literasi maklumat

§ Keupayaan membuat keputusan

§ Keupayaan untuk belajar

§ Keingintahuan intelektual

§ Pemikiran logik

§ Pemahaman tentang organisasi

§ Kecekapan dalam tugas rutin

§ Pemikiran bebas

§ Perancangan dan penyelarasan


Rangka kerja James Cook University pula menggariskan kemahiran generik seperti berikut:

· Pemikiran kritis

· Penyelesaian masalah

· Keupayaan menggunakan teknologi

· Bekerja dengan orang lain

· Komunikasi

· Pengiraan

· Penggunaan teknologi maklumat

· Kesedaran sosiobudaya


Bagi kurikulum Sekolah Bestari pula, kemahiran generik yang diterapkan ialah:

1. Kemahiran mentaksir dan menilai

2. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

3. kemahiran teknologi maklumat

4. kemahiran belajar

5. kemahiran fasilitator


Walaupun terdapat pelbagai perspektif kemahiran generik, para sarjana bersetuju bahawa jenis kemahiran generik yang utama ialah kemahiran berfikir (penyelsaian masalah), strategi pembelajaran (mencipta mnemonik untuk mengingat dan kemahiran metakognitif). Para sarjana, penggubal kurikulum dan pelaksana pendidikan bersetuju tentang kepentingan kemahiran generik serta tuntutan untuk melengkapkan individu pelajar dengan kemahiran tersebut.

Konsep dan prinsip kemahiran bernilai tambah yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar dengan kemahiran generik. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran umum yang diaplikasikan merentas semua domain mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Kemahiran bernilai tambah memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikuasai berbanding dengan ilmu/ kemahiran dalam mata pelajaran tertentu. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang diperolehi melalui aplikasi kemahiran generik, serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


Kemahiran bernilai tambah tersebut ialah:

1. Kemahiran berfikir

2. Kemahiran belajar cara belajar

3. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

4. Kajian masa depan

5. Kecerdasan pelbagai

6. Pembelajaran konstruktivisme

7. Pembelajaran kontekstual


Bagi tiga kemahiran pertama di atas, terkandung pecahan kemahiran generik yang lebih khusus seperti kemahiran menganalisis, kemahiran merujuk bahan atau menyusun data dan fail dalam komputer. Kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi medium untuk memperkukuhkan kemahiran generik di samping mencetuskan kemahiran tambahan yang relevan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh, pendekatan pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan tumpuan kepada kecerdasan interpersonal (dalam kecerdasan pelbagai) menekankan kerja dan interaksi dalam kumpulan. Oleh hal yang demikian, aplikasi pendekatan-pendekatan tersebut menyediakan wadah mencetuskan kemahiran berinteraksi, meningkatkan kemahiran interpersonal, serta kebolehan bekerja dalam pasukan. (teamwork) Kemahiran bernilai tambah ini yang diintegrasikan dalam kurikulum semakan mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang sebenar.


2.1 Kemahiran Berfikir


Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah:

1. mencirikan

2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan

3. menghubungkaitkan

4. membandingkan dan membezakan

5. menyusun mengikut keutamaan

6. menentukan urutan

7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu

8. membezakan fakta (Menurut … dalam bukunya, ) dan pendapat (I think, I believe, I feel, In my opinion)

9. menganalisis

10. mengesan kecondongan pendapat

11. mengenalpasti sebab dan akibat

12. meramalkan

13. mensintesiskan

14. mengitlak

15. menganalogikan

16. membuat inferens

17. membuat kesimpulan

18. menginterpretasikan, mentafsirkan

19. menilai

20. menjana idea

21. mereka cipta

22. merumuskan, meringkaskan

23. menyelesaikan masalah

24. membuat keputusan


Untuk membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .


2.2 Kemahiran Belajar cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:

1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif

2. Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan

3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas)

4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas

5. Kemahiran menghasilkan laporan

6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual, carta alir dan hierarki

7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri, rancangan pembelajaran , pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.

8. Persediaan menghadapi peperiksaan

9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei

10.Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang

11.Strategi belajar dalam kumpulan


2.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ialtu:

1. TMK untuk pembelajaran tutorial. Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan sama ada dalam CDROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid.

2. TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri.

3. TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya.

4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya.


2.4 Kajian Masa Depan. (KMD)

Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau (membuat ramalan), masa kini (menjangka akibat) dan masa depan (mengendalikan perubahan). Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.


2.5 Kecerdasan Pelbagai


Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza merangkumi kecerdasan verbal- linguistik, logik-metamatik, muzik, kinestatik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh itu guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka. Kecerdasan yang dikenalpasti adalah:

1. Kecerdasan verbal-linguistik. Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa.

2. Kecerdasan logik-matematik. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, menguasai prinsip sebab akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik.

3. Kecerdasan visual-ruang. Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

4. Kecerdasan kinestatik. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fisikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan dan keseimbangan.

5. Kecerdasan muzik. Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah rentak dan tempo.

6. Kecerdasan interpersonal. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.

7. Kecerdasan intrapersonal. Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan.

8. Kecerdasan naturalis. Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian. Ia merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya.


Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid yang dididiknya akan memberikan rangsangan untuk belajar dengan penuh minat dan lebih menguasai ilmu yang dipelajarinya. Proses ini juga memungkinkan murid mula menyedari potensi dan kecerdasan dalam diri mereka.


2.6 Pembelajaran Konstruktivisme


Pendekatan konstruktivisme dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri. Konstruktivisme menekankan pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran konstruktivisme berasaskan format 5E yang berikut:

1. Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat.

2. Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan, menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen.

3. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan, meminta bukti dan alasan dan penjelasan.

4. Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan konsep / topik dengan situasi sebenar.

5. Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan soalan terbuka.

Menerusi prinsip pembelajaran konstruktivisme , murid akan lebih tajam, yakin dan seronok untuk belajar serta penyediaan asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.


2.7 Pembelajaran Kontekstual


Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan.

Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah:

1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai.

2. berpusatkan murid

3. menekankan pembelajaran secara konkrit

4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir

5. menekankan interaksi

6. pembelajaran koperatif

7. akses kepada maklumat

Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dengan kehidupan mereka.



PRINSIP PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Kemahiran bernilai tambah perlu diintegrasikan dengan kandungan isi pelajaran sesuatu subjek. Oleh itu guru harus terlebih dahulu mengenalpasti kandungan mata pelajaran untuk disisipkan dan mengajarkan kemahiran bernilai tambah tertentu.


Dari segi kurikulum, kemahiran bernilai tambah ialah unsur dalam pengisian kurikulum. Sebagaimana unsur-unsur lain (nilai murni, ilmu, patriotisme dan kewarganegaraan dan peraturan sosiobudaya ) kemahiran bernilai tambah diintegrasikan secara penyerapan. Kurikulum Bahasa Melayu semakan mengekalkan prinsip asas pengajaran iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Walaupun penggabungjalinan hasil pembelajaran dengan kemahiran bahasa , tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, prinsip penyerapan perlu diberikan perhatian.


Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan memantapkan kebolehan berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan kebolehan pelajar dari segi kognitif, afektif, emotif dan psikomotor pelajar. Sehubungan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah mengambil kira:

· kesesuaian kemahiran bernilai tambah dengan objektif dan hasil pembelajaran

· bahan dan teknik untuk mengajarkan kbt

· penyusunan langkah untuk mencapai hasil pembelajaran

· peruntukan masa bagi langkah untuk menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah

· aspek penilaian formatif hasil pembelajaran dan kbt .


Kesesuaian Jenis Kemahiran Bernilai Tambah yang akan Diintegrasikan dengan Hasil Pembelajaran


Setelah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memikirkan jenis kemahiran bernilai tambah yang dapat diserapkan dan dihubungkaitkan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai dalam waktu pengajaran. Guru harus menentukan kemahiran bahasa yang dijadikan fokus, sama ada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca atau menulis. Pertimbangan perlu dibuat agar kemahiran ini terjalin dengan aktiviti dan langkah pengajaran yang dirancang untuk mencapai hasil pembelajaran. Langkah yang terancang bagi pengembangan kemahiran bernilai tambah perlu agar kemahiran ini diserapkan kepada pelajar dengan berkesan.


Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran Thn 3, kemahiran mendengar dan bertutur 1.1 Aras 2 i yang berikut:

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 2 i. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.


Beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran di atas. Aktiviti mendengar rakaman dialog yang mengandungi kata panggilan formal, disusuli dengan latihan secara berpasangan, murid melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul, melatih kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan mengemukakan panduan mendengar secara intensif dan latih tubi dalam bentuk soal jawab tentang bahan yang didengar, guru juga telah menyerapkan kemahiran mengengar sebagai suatu aspek kemahiran belajar.


Latihan membuat simulasi berjumpa kawan lama dan keluarganya di bandar dapat membolehkan murid berlatih bertutur dan mendengar dalam situasi tertentu, menyediakan ruang latihan menggunakan kata panggilan, serta pada masa yang sama dapat mengasah kecerdasan interpersonal murid, suatu kemahiran generik yang penting bagi perkembangan diri individu.

Latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata panggilan bagi situasi formal dan tidak formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca mengabungjalinkan kemahiran membaca dan menulis di samping menguji pengetahuan sedia ada murid serta meningkatkan kemahiran merumus, suatu jenis kemahiran berfikir.


Melalui teknik lain yang lebih kreatif dalam pengajaran, guru dapat menyalurkan kemahiran bernilai tambah lain sesuai seperti kemahiran kontekstual, di samping dapat mencapai objektif hasil pembelajaran yang ditetapkan. Kemahiran bernilai tambah perlu diolah dan diintegrasikan secara natural ttp terancang dalam langkah pengajaran. Hasil pembelajaran yang menjadi fokus pengajaran harus disisipkan kemahiran bernilai tambah melalui proses yang berterusan, berulang-ulang dan kreatif dapat menyematkan kemahiran hidup (living skills) kepada murid. Pengintegrasian kemahiran bernilai tambah menjadikan ilmu yang dipelajari murid dalam kelas lebih bermakna dan releven dengan tuntutan kehidupan mereka pada masa hadapan.


Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terbentuk daripada hasil pembelajaran dan sistem bahasa. Unsur kemahiran bernilai tambah boleh diperlihatkan dalam pernyataan objektif tersebut; umpamanya:

a. Mengemukakan tiga pernyataan inferens tentang kesan permakanan tidak seimbang.

(Contoh pernyataan inferens: Makan banyak makanan yang manis dan berkanji menimbulkan masalah berat badan berlebihan.)

b. Mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar.

c. Menggemukakan peta konsep karangan “Amalan pemakanan yang sihat” menggunakan alat aplikasi komputer yang telah dipelajari.

Objektif a: memperlihatkan penyerapan kemahiran membuat inferens.

Objektif b: dapat menguji kecekapan murid mencatat nota (dengan andian guru telah mendedahkan teknik mencatat nota kepada murid.)

Objektif c: dapat melatih murid membina peta konsep di sampig dapat dijadikan ukuran untuk menilai tahap kecekapan aplikasi teknologi maklumat.


Peruntukan masa untuk mengajarkan kemahiran bernilai tambah


Dalam sesuatu waktu pengajaran, tumpuan pengajaran dan kbt ialah mencapai hasil pembelajaran yang menjadi fokus utama dalam sesuatu pelajaran yang juga merupakan objektif pertama dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi subjek bahasa Melayu, beberapa pernyataan hasil pembelajaran bertindan dengan kemahiran bernilai tambah tertentu umpamanya kemahiran berfikir dan belajar cara belajar tertentu, bererti jumlah masa yang diperuntukkan lebih panjang berbanding dengan pernyataan yang tidak menjurus kepada kemahiran bernilai tambah. Bagi tujuan menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran, satu atau dua aktiviti perlu disediakan; misalnya melatih murid membaca secara imbasan indeks, menukarkan maklumat teks kepada bentuk grafik atau mengajarkan cara membuat generalisasi. Pengaplikasian kemahiran TMK biasanya memakan masa yang lebih lama dari segi persiapan bahan dan peralatan dan hal ini menuntut pengurusan kelas dan bahan yang lebih efisien di pihak guru.


Penilaian bagi jenis Kemahiran bernilai tambah yang dipilih


Di samping mengukur tahap pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran yang menjadi objektif dan fokus pengajaran penilaian formatif juga dijalankan untuk menilai tahap pencapaian murid bagi aktiviti penyerapan kemahiran bernilai tambah. Contohnya, apabila seorang murid diminta melakonkan semula atau membuat improvisasi berdasarkan rakaman yang diperdengarkan, penilaian bukan sahaja dibuat dari segi kebahasaan, (ketepatan memilih kata dan kelancaran sebutan), malah guru boleh meletakkan ukuran kreativiti dan penghayatan untuk menilai tahap kecerdasan kinestatik. Di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran bernilai tambah diintegrasikan dengan isi pelajaran teras (hasil pembelajaran) secara terancang pada waktu pengajaran. Bagi mengendalikan pengajaran demikian, guru harus bijak memilih dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran bahasa dan kemahiran generik dikuasai murid. Perkara-perkara berikut perlu diingat dalam aktiviti dan langkah pengajaran dan pembelajaran semasa mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah:

Tuesday 5 March 2013

Posting Berkaitan Pendidikan Bahasa Melayu

Aktiviti 5

3 posting berkaitan pendidikan bahasa Melayu (nyatakan sumber)


Cerita Berunsur Nasihat 
Tajuk :Pelajaran Sang Kodok

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.



Renungan :

Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.

Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.

Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit darikeputus-asaanya, kejatuhannya, ataupun kemalangannya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh

Sumber asal :- http://cerita-tauladan.blogspot.com/


2. Tanda Baca dalam Bahasa Melayu


Tanda Baca
Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan maksud.

a. Tanda Titik [.] - Berahir sesuatu ayat / ayat penyata.

b. Tanda Koma [,] - Terdapat pengguguran sesuatu unsur ayat.

c. Tanda Koma Bertindih [;] - Fungsi sebagai unsur kaitan dua ayat.

d. Tanda Titik Bertindih [:] - Digunakan selepas ayat penyata diikuti ayat lain yang berkaitan.

e. Tanda Soal [?] - Hadir di akhir ayat.

f. Tanda Seru [!] - Hadir di akhir ayat bagi menunjukkan rasa hairan, marah, menyindir, sakit.

g. Tanda Sempang [-] - Bagi kata ganda.

h. Tanda Kurung [( )] - Wujud unsur selitan dalam ayat.

i. Tanda Petik [" "] - Menunjukan bahagian yang dilafazkan atau cakap ajuk.

Sumber asal : http://qcikgubm.blogspot.com


3.  17 NILAI MURNI BAHAGIAN C BAHASA MELAYU    
     UPSR


1.          Baik Hati
2.          Berdikari
3.          Hemah Tinggi
4.          Hormat-menghormati
5.          Kasih Sayang
6.          Keadilan
7.          Kebebasan
8.          Keberanian
9.          Kebersihan fizikal dan mental
10.        Kejujuran
11.        Kerajinan
12.        Kerjasama
13.        Kesederhanaan
14.        Kesyukuran
15.        Rasional
16.        Semangat bermasyarakat
17.        Patriotisme

Contoh Frasa dan Pecahan Nilai murni dan Pengajaran:

  • Menolong orang - Bertanggungjawab
  • Menghulurkan bantuan - Prihatin
  • Menderma, menyumbang - Toleransi
  • Memberi hadiah - Penyayang
  • Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang
  • Memberi hadiah - Pemurah
  • Membantu - Baik hati
  • Berkongsi - Berhemah tinggi
  • Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin
  • Membuat jadual belajar - Gigih
  • Mengulang kali - Keazaman
  • Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh
  • Mengembalikan - Jujur
  • Memulangkan - Tulus
  • Menyerahkan - Amanah
  • Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas
  • Meminjamkan - Rela hati
  • Tidak berkira - Bertolak-ansur
  • Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat
  • Mengagihkan tugasan - Adil/saksama
  • Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana
  • Bertindak - Bestari
  • Mencari penyelesaian - Rasional
  • Menjadi rujukan - Matang
  • Bertindak demi kebaikan - Berani
  • Basuh baju/ kasut - Berdikari
  • Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara
  • Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik
  • Membawa bekal ke sekolah - jimat-cermat
  • Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan
  • Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam
  • Membantu orang lain - Bekerjasama
  • Mengikut arahan guru - Taat
  • Mematuhi peraturan - Akur
  • Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin
  • Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal
  • Tidak mudah kecewa - Tabah
  • Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar
  • Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa
  • Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa
  • Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa
  • Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji
  • Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha
  • Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi
  • Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri
  • Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan
  • Sikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan -Kesederhanaan
  • Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran
  • Pengiktirafan - Penghargaan
  • Berterima kasih - Menghargai
  • Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri - Persaudaraan



Sumber asal: http://samsgaurians.blogspot.com

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET