Aktiviti 1
ENJIN CARIAN GOOGLE
Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan
pantas. Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan
pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan
pantas. Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih
memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan
perlumbaan kereta.
Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih
dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak
betul.
Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan
carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa
yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet. Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama
di antara satu sama lain. Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini
menggunakan enjin carian Google.
Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian
maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-
1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam
suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan
beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan
tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.
2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian.
Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan
keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan
mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai
TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan
membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh,
sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala
yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama
bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak
untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti
- Enterprise - Ker dan lain-lain.
3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan
kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci
tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata
kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang
tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan,
"Membujur lalu melintang patah".
4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil.
Kebanyakan enjin carian
tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar
dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut.
Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan.
Ini
kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan
dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan
lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh
digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia
berada dalam pengikat kata (" ").
6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin
carian.
Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih
spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang
tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang
berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian.
Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip
sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja
berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau
brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang
mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan
lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk dan
lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam
menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan
perkataan reading dalam carian maklumat kita.
8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah
dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain. Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk
dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian,
seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu
demi satu. Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh
diperolehi semula di bahagian Browser History ini. Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan
tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.
9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian.
Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita
perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan
lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum
elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10. Perincikan carian maklumat yang dibuat.
Terdapat beberapa
simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan
carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat
yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan
sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan
sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh
menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and
city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan
tersebut termasuk perkataan and.
nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu
perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat
yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan
berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan
singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain.
Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.
nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu
perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut,
pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada
perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat
berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah
satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah
akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah
akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian
tersebut.
nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh
dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi
nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200
dan lain-lain.
nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai
banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh,
negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang
terdapat di sekitar kotak carian.
nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin
carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop
carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.
Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah
tepinya. Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah
carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk
kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.
Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada
paparan enjin carian.
Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai
jenis maklumat.
Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar
berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua
enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.
Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd