Pembelajaran Berbantukan Komputer Bahasa Melayu Sekolah
Rendah ( BMM3105 ) Sesi pengajian semester 3
yang dikendalikan ole En.Bukhari
b. Shafie agak mencabar kerana banyak merangkumi pengetahuan berkaitan ICT,
sedang ilmu berkaitan dengannya amat terbatas. Walau bagaimanapun penumpuan
ketika kuliah serta bantuan dan tunjuk ajar dari pensyarah telah membantu saya memahami isi kandungan kertas ini.
Walaupun di peringkat awal , agak
sukar untuk saya menguasai subjek
ini, kerana saya bukanlah begitu mahir berkaitan teknologi ICT. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini,
banyak ilmu baharu yang telah saya perolehI. Kini, saya telah berjaya menguasai
serba sedikit kemahiran dan pengetahuan terutama sekali tentang kepentingan penggunaan
ICT di sekolah untuk diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, saya amat bersyukur
kerana dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan walaupun tidak begitu mantap. Oleh itu, saya dengan ini ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Bukhari yang telah banyak membantu saya sepanjang kursus untuk
subjek ini. Semoga ilmu yang bermanfaat ini akan memberi satu lembaran baru
kepada saya untuk memangkin lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
dengan lebih efisyen.
No comments:
Post a Comment